Hari ni selepas menziarah 6 buah rumah saudara dan rakan-rakan pok, petang tu isteri kepada kawan pok iaitu makcik Nora call ibu. Tujuan dia call adalah untuk menyampaikan berita entahla gembira ke tak. Katanya anak sedara dia nak cari jodoh. So, dia nak try la kenankan saya dengan lelaki tersebut. Lelaki tu muda dua tahun dari saya. *akhirnya yg nk merisik semua lebih muda dari saya. tula dulu taknak sangat lelaki muda.... tak matangla... saya queen controlla.. apela... haa... sekarang dh dapat. padan muka*
OK, makcik tu punyala excited. Hanya beberapa jam selepas kami balik dari beraya, terus call. Dahla tu call 2-3 kali. Siap nak add facebook. OK, terpaksala saya add facebook makcik Nora. Saya ada la stalk facebook lelaki tu. Tapi ada 9 org kawan je. And tak aktif. Gambar pon gambar kereta je. Agak tak memberangsangkanla pendek kata~huhu
Makcik Nora siap bagi nama penuh and minta wat solat istikarah. Tula sebabnya saya kena google doa solat istikarah. Maklumla, agama saya ni agak cetek. sebelum ni pernah buat, tapi tak serius. So malam ni kena buat dengan serius.
Doa Solat Istikharah ni dapat dari website yang direcommend. Tujuan doa istikharah adalah untuk memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Diharap Allah swt memberi petunjuk kepada saya mengenai jodoh ini. Amin
xoxo
No comments:
Post a Comment