Posing with my mum~ |
Getting ready for the long journey towards North |
Before the journey |
Tahun ni family menyambut hari raya di Kulim, Kedah. Setiap tahun kami akan bergilir sama ada beraya di Kedah atau di Terengganu. Memandangkan tahun lepas dah beraya kat Terengganu, jadi tahun ni officially beraya di Kedah.
My co-pilot |
Semalam, selepas puas tidur selepas sahur+kemas rumah, jam 11.30 bertolak ke Balakong untuk settlekan masalah insurans kereta di Toyota. Then bertolak ke Kulim jam 2.30pm. Sampai Kulim jam 8 malam. Sempat berbuka kat Masjid Jawi sebelum bertolak ke Kulim. Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih sebab Mariam bawa kereta teramatlah slow. 110@120km/jam. Kalau ikutkna hati, nak je bawa 170km/jam. Barula feel masa drive. Memang tak boleh nak bawa laju sebab trauma dengan speedtrap. Daripada membayar saman laju rm300, lebih baikla bawa slow; maka dapatla berjimat.
The passengers |
Sebenarnya, kenapala nak trauma dengan speedtrap rm300??? Sebelum ni saman laju ada diskaun 50%. Jadi hanya perlu bayar saman dalam rm150 je. Tapi kali ni polis dah bagi warning awal2. Katanya, saman laju yang dikeluarkn tiada diskaun. Kena bayar penuh. Uish~ dahla 2 saman tertunggak. Kalau nak tambah lagi 1@2 saman, agak parah la. Dahla nak dekat raya. Manala nak cari duit lebih kalo kena saman??
Kesimpulannya, pandu cermat, wang selamat~
xoxo
No comments:
Post a Comment