Tuesday, August 16, 2011

Exercise di Bazaar Ramadhan

Tadi baru je balik dr bazaar ramadhan kat Bandar Baru Sentul. Memang heaven la tempat tu.Banyak sangat makanan yang nampak sedap. Rambang mata nak beli. Semalam first time g bazar tu. Semalam kebetulan extended kat Jinjang, so singgah bazar. Semalam hanya beli laksa, nasi kerabu, cucur udang n air soya. Air soya dia agak mengecewakan sebab manis gula je+banyak ais.

Dari awal lg sebelum turun ke kereta dh niat xnak beli banyak. Siap niat dlm hati *Ya Allah kuatkanla iman ak kat bazaar Ramadhan nanti*. Niat cuma nak beli sup campur, laksa and maybe kuih. Pusing bazar tu dari hujung kanan ke kiri. *yela, nak tgk apa yg dijual sepanjang bazar tu. nnt xdela kecewa*

Selepas puas pusing, hasilnya adalah air tebu *rm2*, char kueh teow *rm3.50*, sup campur+bihun *rm7*, and laksa *rm3.50*. Laksa tu dh beli semlm. makan tengah malam. Memang  sangat sedap. Tu yang beli lagi hari ni.

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.

xoxo

No comments:

Post a Comment